Anda sedang tercari-cari homestay di sekitar Merchong, Pekan Pahang?
Mahukan percutian dan berkumpul bersama keluarga di tengah-tengah sawah padi yang mendamaikan?
Nak pergi memancing di jeti atau sungai?
Ya, di sinilah tempatnya !
Anjung Teduh Homestay
Lokasi: Batang Pinang, Kg Merchong,
26680 Pekan, Pahang.
Homestay ini tersergam indah di tengah-tengah sawah padi membolehkan anda mendapatkan kedamaian dari hiruk-pikuk kehidupan di kota.
 |
Pandangan sawah padi |
Pemandangan dari arah depan homestay. Kawasan sekeliling rumah adalah berpagar sebagai salah satu ciri keselamatan untuk anda dan keluarga diami.
 |
Pagar masuk |
Homestay ini menyediakan ruang tamu lengkap dengan TV, 3 bilik tidur dan 2 tandas.
Setiap bilik mempunyai katil double. 1 tandas terletak di bahagian atas manakala 1 lagi di bahagian bawah rumah.
 |
Ruang tamu lengkap dengan kelengkapan TV. |
 |
3 bilik tidur disediakan |
 |
Pemandangan dari atas rumah |
 |
Katil double setiap bilik |
 |
Tandas di bahagian atas |
 |
Kemudahan sinki di bawah rumah untuk aktiviti memasak |
 |
Tempat untuk barbeque disediakan |
 |
Tandas di bawah rumah |
Jika anda mempunyai kesukaran mencari lokasi homestay ini, cuba cari masjid ini. Masjid ini terletak di simpang masuk utama di tepi jalan besar.
 |
Masjid Kg Merchong |
Homestay ini juga mempunyai nama panggilan yang diberikan oleh penduduk kampung di situ iaitu "Rumah besi warna kuning". Anda boleh bertanyakan orang-orang kampung di situ lokasi rumah ini bagi memudahkan anda untuk menjumpainya.
Apakah tempat menarik di sini?
Kg Merchong ini adalah berdekatan dengan jeti nelayan. Anda boleh pergi memancing di jeti ini atau memborong hasil laut yang dibawa naik oleh para nelayan.
Selain itu juga, berdekatan dengan homestay ini, terdapat juga sungai yang membolehkan anda memancing.
 |
Pemandangan di jeti nelayan |
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan dan mahu membuat tempahan, sila hubungi nombor yang tertera:
Call/SMS/Whatsapp:
+60198130859 (Zulkifli)
+60198410300 (Saleha)